𝗔𝗣𝗔 𝗜𝗧𝗨 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗟𝗢𝗧 𝗟𝗜𝗗𝗜?
.
Tanah Lot Lidi adalah tanah lot yang masih berstatus pertanian. Tanah jenis ini tidak mempunyai geran individu yang berkategori penggunaan tanah : bangunan. Setiap tanah yang tidak berstatuskan bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menetapkan pemilik tidak boleh membina rumah atas tanah tersebut.
.
Tanah “Lot Lidi” ni hanyalah istilah biasa yang digunakan kerana istilah Lot Lidi ni tidak terdapat dalam Kanun Tanah Negara.
.
Pemilik tanah yang ingin jual tanah seperti ini biasanya ingin membuat keuntungan cepat dengan mengelakkan proses pertukaran status tanah pertanian kepada tanah bangunan. Pemilik biasanya akan mengupah jurukur tanah untuk membuat pecahan lot-lot banglo di atas tanah tersebut tanpa membuat Permohonan Kebenaran Merancang (DO) dari Pihak Majlis Daerah.
.
Hanya berdasarkan pada pelan lakaran tanpa kelulusan PBT, pemilik akan jual tanah tersebut dengan tawaran harga yang lebih rendah dari pasaran semasa.
.
𝗔𝗣𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗟𝗢𝗧 𝗟𝗜𝗗𝗜?
.
Terdapat banyak risiko yang boleh berlaku sekiranya anda membeli tanah lot lidi ini. Antara risiko yang bakal berlaku adalah seperti :
.
1. Nama Pembeli tiada dalam Geran
2. Tidak boleh dipindahmilik kepada pembeli
3. Tidak boleh bina rumah secara sah
4. Tidak boleh diwarisi sekiranya berlaku kematian
5. Tanah yang dibeli masih menjadi hak pemilik asal
6. Tidak layak mendapat pampasan
7. Tidak blh dijadikan gadaian utk dapatkan pinjaman dari Bank
8. Terdedah kepada penipuan dan pergaduhan
.
Pembelian tanah lot lidi sebenarnya tidak mempunyai sebarang bukti atau dokumen yang kukuh untuk meyatakan kepemilikan pembeli tanah lot kerana dalam geran hanya nama pemegang amanah.
.
Ringkasnya, sekiranya anda membeli tanah dengan tujuan bina rumah, pastikan tanah yang dibeli adalah berstatuskan bangunan. Elakkan diri anda dari terjebak dengan “SCAMMER LOT LIDI” .
.
============================
𝗦𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗛𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗞𝗮𝗺𝗶 :-
.