Secara umumnya masih ramai tak tahu mengenai tanah yang dalam status pertanian ni adakah ianya boleh dibina rumah atau pon tidak boleh. Mari saya terangkan.
.
Jawapannya adalah 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 & 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛.
.
.
𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛?
.
1. Biasanya Majlis Daerah telah menetapkan supaya tanah yang berstatus pertanian hendaklah ditukar kepada tanah berstatus bangunan sekiranya ingin dibina rumah.
2. Ini kerana geran tanah berstatus bangunan adalah syarat untuk permohonan kelulusan pelan rumah dari pihak Majlis Daerah.
3. Permohonan pinjaman rumah kakitangan kerajaan tidak dapat dilakukan sekiranya pelan rumah tidak mendapat kelulusan dari Majlis Daerah.
4. Untuk proses pinjaman bank pula, kebanyakan bank mewajibkan status tanah dalam kategori bangunan. Walaupon pelan rumah sudah diluluskan oleh pihak Majlis Daerah, sebahagian polisi bank telah menetapkan supaya geran tanah mestilah berstatus bangunan. Hal ini akan menyebabkan pinjaman anda tidak diluluskan.
.
.
𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛?
.
1. Sebilangan kecil Majlis Derah masih boleh memberikan kelulusan pelan rumah yang dibina atas tanah berstatus pertanian.
2. Hal ini mugkin disebabkan factor persekitaran dari sesetengah kawasan daerah tertentu.
3. Dalam urusan permohonan pinjaman bank pula, kakitangan kerajaan dibenarkan membuat permohon. Tetapi masih tertakluk pada No 4 di atas, iaitu pelan rumah perlu diluluskan oleh Majlis Daerah.
.
Ringkasnya, sekiranya anda beli tanah adalah dengan tujuan untuk bina rumah, pastikan geran tanah berstatus bangunan untuk mengelakkan sebarang kerumitan di kemudian hari.
.
Tanah yang berstatuskan pertanian ini hanya lah untuk aktiviti 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔.
.
============================
𝗦𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗛𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗞𝗮𝗺𝗶 :-
.
https://linktr.ee/rasbina
https://linktr.ee/rasbina
