𝟭. 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔 𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞
Sebelum membeli tanah, penting untuk memeriksa lokasi tapak dengan teliti. Pastikan lokasi tanah sesuai dengan informasi yang diberikan. Anda boleh menggunakan Google Maps atau terus ke lokasi tanah untuk melihat keadaan tapak tersebut secara langsung.
Periksa arah matahari, arah angin dan pemandangan sekitar tapak untuk memastikan sesuai dengan keinginan anda.
.
𝟮. 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔 𝗨𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗢𝗧 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞
Sebelum membeli tanah tersebut, pastikan juga saiz ukuran lot tapak di garisan sempadan tepat seperti yang tertera dalam geran.
Jika anda merancang untuk membina rumah di tanah tersebut, pastikan ukuran lot tapak sesuai dengan pensyaratan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
– Ukuran minimum lot banglo yang telah ditetapkan PBT adalah :
Lebar 50 kaki (15.2m) x Panjang 80 kaki (24.3m) = 4000 kaki persegi
– Ukuran maksimum saiz binaan rumah
Lebar 30 kaki (9m) x Panjang 50 kaki (15.2m) = 1500 kaki persegi
Untuk tujuan bina rumah banglo pula, ukuran tanah yang munasabah adalah berukuran antara 4,000 kaki persegi hingga 15,000 kaki persegi. Jika ukuran tanah untuk rumah banglo kurang dari 4,000 kaki persegi, kemungkinan itu adalah tanah lot lidi. Tapi jika ukuranya melebihi 15,000 kaki persegi, itu mungkin geran kongsi yang berstatuskan pertanian.
.
𝟯. 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦 & 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗦 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡
Hal ini sangat penting. Pastikan geran yang dimiliki adalah berstatus geran individu. Bukannya berstatus geran kongsi. Terdapat beberapa risiko di masa akan datang jika status geran adalah geran kongsi. Antara risiko yang akan terjadi adalah seperti :
– Susah untuk mendapatkan pinjaman dari bank atau institusi keuangan
– Susah untuk menjual semula tanah di masa akan datang
– Hak milik tidak sah dari segi undang-undang
– Tiada pulangan pelaburan
Selain itu, anda juga harus menyemak status tanah sama ada ia berstatuskan pertanian atau telah diubah menjadi status kediaman /pembangunan. Periksa juga apakah tanah tersebut berstatuskan seperti berikut :
– Tanah freehold (pajakan kekal)
– Leasehold (pajakan sementara 99 tahun)
– Tanah rizab Melayu
– Tanah bebas
Semua ini penting untuk difahami sebelum melakukan pembelian tanah.
.
𝟰. 𝗞𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣
Kemudahan asas di sekitar kawasan lot banglo sangat penting. Pastikan terdapat kelengkapan seperti jalan masuk, bekalan air, bekalan elektrik, sistem pemparitan dan sebagainya.
Penting untuk mengelakkan pembelian tanah lot banglo yang tidak memiliki kelengkapan asas meskipun harganya murah. Pembangunan kelengkapan asas ini akan menghabiskan belanja yang besar.
Kalau boleh, elakkan dari membeli tanah di kawasan perindustrian, kawasan pencawang eletrik, dan kawasan penternakan. Kawasan begini biasanya akan menyebabkan masalah kebersihan persekitaran, pencemaran bunyi dan kesihatan.
Pastikan juga kawasan tersebut berdekatan dengan kemudahan awam seperti masjid, sekolah, bank, kedai runcit, stesen minyak dan pasaraya. Jika tujuan anda untuk membina rumah, elakkan dari beli tanah di tempat yang belum diteroka umum.
.
𝟱. 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧
Permukaan tanah yang rata dan kukuh seharusnya menjadi pilihan jika anda bertujuan untuk mendirikan rumah. Tetapi sekiranya pilihan anda adalah tanah yang bercerun, harus diingat bahawa ianya akan melibatkan rekaan binaan dan kos pembangunan akan meningkat.
.
============================
Berminat Untuk Bina Rumah Dengan Ras Bina??
Hubungi Kami :-